Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    IS mengaku bertanggungjawab atas serangan nekad

    ISLAMABAD, 10 MAC – Kumpulan Islamic State (IS) mengaku bertanggungjawab atas pengeboman berani mati yang membunuh gabenor di wilayah Balkh utara Afghanistan dan dua orang lain di pejabatnya.

    Gabungan serantau IS dikenali sebagai IS di wilayah Khorasan merupakan saingan utama Taliban. Kumpulan militan itu telah meningkatkan serangannya di Afghanistan sejak Taliban mengambil alih negara itu pada Ogos 2021. Sasaran termasuk peronda Taliban dan anggota minoriti Syiah Afghanistan.

    Serangan kelmarin di bandar Mazare Sharif telah membunuh tiga orang, termasuk gabenor Daud Muzmal, dan mencederakan empat yang lain, kata jurucakap polis tempatan, Mohammad Asif Waziri.

    Kumpulan IS lewat kelmarin mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, dan menyatakan penyerangnya ialah Abdul Haq al-Khorasani.

    Ia berkata Khorasani melalui semua langkah keselamatan untuk masuk ke bangunan rasmi dan melakukan serangan.

    Ketua jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid berkata Muzmal dibunuh oleh musuh Islam.

    Dia berkata siasatan sedang dijalankan, tetapi tidak menyatakan sebarang butiran lanjut.

    Muzmal merupakan salah seorang pegawai Taliban paling kanan yang telah terbunuh sejak mereka mengambil alih kuasa pada perte-ngahan Ogos 2021 ketika tentera Amerika Syarikat (AS) dan NATO berundur dari Afghanistan selepas 20 tahun peperangan.

    Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Taliban telah mengambil tindakan tegas terhadap IS. Pasukan keselamtannya membunuh beberapa anggota serantau, termasuk pemimpin, dalam operasi berasingan pada Februari. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...