Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    43 sertai bengkel keselamatan siber

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV – Seramai 43 orang peserta yang terdiri daripada Critical National Information Infrastructure (CNII) Brunei Darussalam telah menghadiri bengkel keselamatan siber selama tiga hari yang berlangsung baru-baru ini.

    Bengkel yang difasilitasi oleh agensi keselamatan siber kebangsaan, Cyber ​​Security Brunei (CSB) telah disertai oleh pelbagai sektor termasuklah dalam sektor infokomunikasi, tenaga, penjagaan kesihatan, perbankan dan kewangan, pertahanan, keselamatan, perkhidmatan tindak balas kecemasan, dan penerbangan.

    Ia adalah hasil kerjasama antara Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan International Telecommunication Union (ITU) dan dikendalikan oleh rakan kongsi ITU Welchman Keen, sebagai sebahagian daripada komitmen mereka kepada inisiatif Partner2Connect ITU.

    Bengkel tersebut bertujuan untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan teknikal serta menyediakan perkembangan terkini dalam keselamatan siber kepada agensi yang bertanggungjawab terhadap Infrastruktur Maklumat Negara Kritikal.

    Ia dimulakan dengan pengenalan kepada perlindungan Infrastruktur Maklumat Negara Kritikal, dengan melihat keselamatan pelbagai sektor yang penting bagi ekonomi tempatan dan pembangunan infrastruktur negara.

    Manakala hari kedua menyentuh mengenai strategi pengurusan risiko dan keselamatan rantaian bekalan, sementara hari terakhir menyentuh keselamatan peranti mudah alih dan diakhiri dengan kesedaran keselamatan.

    Para peserta bergambar ramai semasa bengkel berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...