Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Taste of Brunei tampil sajian istimewa

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 FEB – Dalam usaha mempromosikan tukang masak muda tempatan yang berbakat dalam bidang kulinari, Hotel Radisson Brunei dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Pelancongan, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan telah menganjurkan acara Taste of Brunei kali kedua sempena Mingu Gastronomi Brunei 2022.

    Acara ini turut mempromosikan serta menyajikan masakan tempatan yang diolahkan menjadi masakan bertaraf fine-dining setanding dengan piawaian antarabangsa.

    Antara yang hadir bagi menyokong acara tersebut ialah Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Apong.

    Acara Taste of Brunei tahun ini yang telah menerima 60 tempahan menampilkan 10 cef muda tempatan iaitu Muris, U’zaiz, Aziz Mokhsen, JD, Izzat, Dk. Almas, Izaaz, Wiqa, Kahar dan Eileen.

    Antara hidangan istimewa yang disajikan termasuk Tarung Betunu, Reconstructed Congee; Kubah Kerang; Udang Bumbu Kunyit; Kambing Salai Masak Lemak Cili Api; Nasi Lemak Reimagined; Hibiscus dan Chendol Udon.

    Acara ini turut disokong oleh M.C. Maju Cold Storage Sdn Bhd, PDS Abbatoir Sdn Bhd, Farmgate Trading, TGT Sdn Bhd dan juga Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE).

    Melalui acara tersebut, ianya diharap dapat menarik lebih ramai belia muda tempatan yang berbakat untuk menceburi bidang kulinari dan pada masa yang sama memartabatkan masakan tempatan sebanding dengan masakan-masakan bertaraf antarabangsa.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bergambar bersama cef tempatan semasa acara Taste of Brunei di Hotel Radisson.
    Cef-cef tempatan sedang menyiapkan sajian semasa acara Taste of Brunei di Hotel Radisson.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...