Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Pemenang Purchase & Win Lucky Draw dirai

    Oleh Ak Zaki Kasharan 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 MAC – Indera Motors Sdn Bhd, selaku pengedar dan peruncit tunggal kenderaan Jaguar dan Land Rover di Negara Brunei Darussalam hari ini telah menyampaikan hadiah kepada 39 orang pemenang bertuah di bilik pamerannya di Beribi.

    Tiga pemenang hadiah utama teratas daripada Purchase & Win Lucky Draw telah memenangi hadiah wang tunai berjumlah $35,000. 

    Pemenang hadiah pertama Awang Mohammad Fauzi bin Haji Mahmud memenangi wang tunai $20,000, manakala pemenang hadiah kedua Chuang Hsi Shan memenangi wang tunai $10,000 dan Pengiran Ishak Abas daripada Stanford Orion Service Sdn Bhd membawa pulang hadiah ketiga wang tunai $5,000.

    Sementara itu, pemenang hadiah sagu hati berupa peralatan audio berjenama premium, Sonos One, Harmon Kardon, Powerbeats dan JBL dimenangi Awangku Muhammad Nur Iqbal bin Pengiran Abu Naba’a, Nur Al-‘Aliah Mosli, Feni Purnamawati, Alvin Yap Jok Kek, Stanford Orion Services Sdn Bhd, Awang Abdul Muiz bin Haji Samat, James Hung, Dayang Kartina binti Haji Bakar, Dayang Nor Hakimah binti Yahya dan Jiduraina Haji Ibrahim.

    Selain itu, Indera Motors Sdn Bhd juga menyampaikan hadiah bertuah kepada 26 orang pemenang yang menyertai Jaguar and Land Rover Test Drive & Win Lucky Draw yang mana hadiahnya termasuk baucar dari Digital World dan Dynamic Sports.

    Indera Motors Sdn Bhd secara rambang telah mengundi 39 pemenang bagi cabutan bertuah melalui penstriman langsung di saluran YouTube mereka pada bulan lepas. 

    Majlis penyampaian hadiah turut dihadiri Pengurus Jualan, Zen Thea dan Penolong Pengurus Jualan, Wong Yii Ling.

    Zen Thea dan Wong Yii Ling bergambar bersama para pemenang hadiah utama pada majlis yang diadakan di bilik pameran Indera Motors. – Gambar serahan Indera Motors

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...