Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Lebih 400 warga Nigeria pulang ke tanah air

    ABUJA, 4 MAC – Kumpulan pertama yang terdiri lebih dari 400 warga Nigeria yang melarikan diri dari Ukraine berikutan pencerobohan Rusia telah diterbangkan pulang hari ini.

    Kumpulan tersebut, yang kebanyakannya adalah pelajar telah tiba selepas 6:30 pagi waktu tempatan dengan penerbangan sewa dari ibu negara Romania, Bucharest, salah satu hab dari mana kerajaan Afrika bergegas mengeluarkan warga yang terkandas.

    Pegawai kementerian luar Nigeria Gabriel Aduda memuat naik gambar kumpulan itu di dalam pesawat lewat kelmarin dalam laman Twitternya, berkata, “415 warga Nigeria kebanyakannya pelajar melarikan diri dari perang Ukraine dan Rusia dari Bucharest.”

    Selepas mendarat di ibu negara Abuja, ramai yang kelihatan letih tetapi lega kerana pengalaman pahit mereka telah berakhir.

    Semasa mereka mengisi borang kerajaan, ramai yang masih memakai pakaian musim sejuk mereka, seorang pelajar menceritakan pengalaman traumatiknya.

    Reaksi seorang pelajar Nigeria yang baru sahaja dipindahkan dari Ukraine selepas mendarat di Lapangan Terbang Nnamdi Azikwe Abuja, Nigeria, 4 Mac. – AFP

    “Terdapat banyak artileri berat, peluru berpandu, bom dan semua itu,” kata Oyewo Elisha, 22, yang belajar di Kharkiv.

    Menteri Luar Negeri, Geoffrey Onyeama berkata terdapat sekitar 5,600 pelajar Nigeria di Ukraine dan dianggarkan 8,000 warga Nigeria di negara itu sebelum perang.

    Pada Isnin, beliau berkata dianggarkan 1,000 rakyat bersedia untuk dibawa pulang dari Romania, 200 yang lain di Slovakia, dan 250 di Hungary dan Poland.

    Sejuta pelarian telah melarikan diri dari Ukraine setakat ini, kata PBB kelmarin, memberi amaran bahawa melainkan serangan itu berakhir serta-merta, berjuta-juta lagi mungkin akan melarikan diri.

    Ghana pada Selasa lalu menjadi negara Afrika pertama yang membawapulang warganya, 17 daripada 500 pelajar yang terkandas. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...