Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    45 saudara baharu sertai bengkel pengurusan jenazah

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    TUTONG, 9 OKT – Seramai 45 orang saudara baharu telah mengikuti Bengkel Fardu Kifayah: Pengurusan Jenazah yang bertujuan untuk memberikan bimbingan mengenai tatacara menyempurnakan jenazah termasuk cara-cara memotong kain kafan dan memandikan, bacaan ketika memandikan, mengapankan jenazah dan solat jenazah.

    Bengkel tersebut dikendalikan oleh Pusat Dakwah Islamiah (PDI) melalui Unit Dakwah Daerah Tutong dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Balai Ibadat Hajah Aminah, Kampung Long Mayan, Tutong.

    Bengkel disertai oleh saudara-saudara baharu dari Kampung Long Mayan, Kampung Rambai, Kampung Benutan dan sekitarnya yang berlangsung di balai ibadat berkenaan.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis penutup bengkel berkenaan ialah Pemangku Penolong PDI, Dr Hajah Rohanita binti Haji Yaakub yang turut menyampaikan sijil kepada para peserta.

    Turut hadir ialah Penghulu Mukim Ukong, Awang Mohd Danial bin Abdullah Yakub; Ketua Kampung Rambai, Awang Muhammad Dahlan bin Kaslan; Ketua Kampung Benutan, Haji Muhammad Hairol Mazlan bin Haji Abdul Razak; dan Pemangku Ketua Kampung Long Mayan dan Bukit, Awang Muhammad Eddy Suffian bin Abdullah.

    Majlis penyampaian sijil disusuli dengan peletakan Sudut Bacaan PDI bagi Balai Ibadat Hajah Aminah sebelum diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan sesi bergambar ramai.

    Gambar fail kursus Pengurusan Jenazah yang dikendalikan oleh PDI.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...