Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    49 maut, lebih 300 cedera dalam kebakaran

    CHITTAGONG, 5 JUN – Sekurang-kurangnya 49 orang maut selepas kebakaran besar yang dicetuskan oleh letupan kimia masih marak hari ini di sebuah depoh kontena perkapalan di Bangladesh, menurut pegawai.

    Jumlah korban jiwa dijangka terus meningkat dan lebih 300 orang mengalami kecederaan, sebahagian daripadanya cedera parah, dengan suka-relawan berkata mereka melihat banyak lagi mayat di kemudahan berhampiran pelabuhan utama di bahagian selatan Chittagong itu.

    Ratusan penyelamat berusaha memadam kebakaran yang tercetus lewat kelmarin di Sitakunda, kira-kira 40 kilometer dari Chittagong, ketika sejumlah kontena yang menyimpan bahan kimia meletup, menurut anggota bomba kepada wartawan.

    “Angka korban akibat kebakaran meningkat kepada 49 orang,” Elias Chowdhury, ketua doktor di rantau itu, memberitahu AFP ketika anggota bomba terus berusaha memadam kebakaran.

    “Lebih 300 orang mengalami kecederaan.

    Anggota penyelamat dan orang awam berusaha membawa mangsa yang tercedera ke hospital di Chittagong. Sekurang-kurangnya 49 terkorban dalam kebakaran di sebuah depoh kontena perkapalan di Bangladesh.- AFP

    “Masih ada yang belum ditemui, termasuk beberapa orang wartawan yang membuat penstriman langsung Facebook,” katanya.

    “Masih ada mayat di dalam kawasan yang terbakar. Saya melihat ada lapan atau 10 mayat,” kata salah seorang sukarelawan kepada wartawan.

    Mangsa yang tercedera termasuk sekurang-kurangnya 40 anggota bomba dan 10 pegawai polis, kata ketua polis rantau Chittagong, Anwar Hossain kepada AFP. Sekurang-kurangnya lima anggota bomba antara mangsa yang terkorban.

    “Jumlah korban jiwa dijangka meningkat dengan beberapa mangsa yang tercedera berada dalam keadaan kritikal,” kata Hossain.

    Saksi berkata letupan itu telah mengorbankan ramai orang yang sedang memadamkan kebakaran.

    “Saya berdiri di dalam depot. Letupan itu menyebabkan saya tercampak 10 meter dari lokasi saya berdiri. Kaki dan tangan saya melecur,” kata Tofael Ahmed, seorang pemandu lori.

    Letupan itu begitu kuat sehingga menggegarkan bangunan kediaman yang terletak beberapa kilometer dari depoh, kata Mohammad Ali, 60, yang memiliki kedai runcit berdekatan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...