Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    49 menang cabutan bertuah WAH

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 FEB – Seramai 49 orang warga perkhidmatan awam telah memenangi hadiah dalam cabutan bertuah bagi Program Workplace and Health (WAH) 2.0 Musim Kedua, Sesi 2020/2021 di mana ia merupakan sebuah program kolaborasi perkongsian awam swasta (PPP) Kementerian Kesihatan dan Gleneagles JPMC Sdn Bhd.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Promosi Kesihatan (HPC), di sini, menyatakan program itu telah dijalankan di semua kementerian iaitu Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Kementerian Pertahanan, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Kementerian Pembangunan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi serta Kementerian Tenaga.

    Seramai 49 warga perkhidmatan awam dari 13 kementerian telah memenangi cabutan bertuah Program WAH 2.0 Tahun 2020-2021 di mana program itu telah menerima lebih daripada 15,000 penyertaan dalam cabutan bertuah yang terdiri daripada penyertaan semasa pemeriksaan kesihatan dan sesi senaman bagi setiap kementerian.

    Cabutan bertuah yang terakhir telah berlangsung secara dalam talian pada 14 Disember 2021 melalui media sosial, Facebook dan Instagram dengan lima pemenang telah dipilih untuk setiap hadiah pertama, kedua dan ketiga manakala 34 pemenang untuk hadiah sagu hati.

    Cabutan bertuah itu merupakan inisiatif untuk menggalakkan penyertaan dan memberi ganjaran kepada peserta program WAH atas sokongan berterusan mereka dan mengamalkan gaya hidup sihat.

    HPC mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta program dan menyahut semua warga perkhidmatan awam untuk menyertai program WAH 3.0 yang seterusnya.

    Antara pemenang yang terdiri daripada warga perkhidmatan awam dalam cabutan bertuah bagi Program WAH 2.0 musim kedua. – Gambar serahan Pusat Promosi Kesihatan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...