Sunday, April 28, 2024
31.9 C
Brunei

    -

    5 maut, 5 hilang dalam tanah runtuh di Jawa Barat

    JAKARTA, 27 MAC – Pasukan penyelamat menemukan lima mayat, termasuk kanak-kanak yang tertimbus selepas tanah runtuh melanda dua kampung di wilayah Jawa Barat, Indonesia baru-baru ini, kata seorang pegawai agensi mencari dan menyelamat tempatan, lapor Xinhua.

    Ketua unit operasi pejabat mencari dan menyelamat wilayah, Supriono berkata mayat kelima ditemukan pada pagi ini berhampiran sungai, kira-kira 20 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang. Selain itu, lima orang masih hilang.

    Menurut pihak berkuasa tempatan, kira-kira 30 rumah dan dua pusat ibadat agama musnah akibat tanah runtuh itu. Sementara itu, pasukan penyelamat meneruskan pencarian mangsa yang masih hilang di kawasan tebing curam. – Bernama

    Pasukan pencari dan penyelamat mencari mangsa selepas tanah runtuh di kampung Cibenda di Bandung, Jawa Barat pada 26 Mac. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    4 maut diserang gajah liar di India

    NEW DELHI, 28 APRIL - Sekurang-kurangnya empat orang termasuk pegawai perhutanan maut diserang seekor gajah liar di negeri Assam, timur laut india, lapor Xinhua...