Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    6 pegawai polis terbunuh dalam serangan hendap

    PESHAWAR, PAKISTAN, 16 NOV – Enam pegawai polis terbunuh dalam serangan hendap di barat laut Pakistan hari ini, kata pegawai, serangan yang didakwa dilakukan oleh Taliban tempatan.

    Taliban Pakistan berkongsi keturunan sama dengan Taliban Afghanistan dan telah melancarkan serangan yang semakin meningkat tahun ini sejak Kabul jatuh ke tangan pelampau Islam.

    Lelaki bersenjata dengan senapang automatik melancarkan serangan sekitar jam 7 pagi ke atas kenderaan polis yang meronda di kampung Shahab Khel, 100km dari sempadan Afghanistan.

    “Kesemua enam anggota polis itu terbunuh” semasa insiden tembak menembak dari kedua-dua pihak, kata Tariqullah Khan, seorang pegawai daerah di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, memberitahu AFP.

    Jumlah kematian disahkan oleh pegawai polis kedua.

    Dalam kejadian berasingan hari ini, tentera berkata dua askar terbunuh dalam pertempuran dengan militan di daerah barat laut Bajaur yang bersempadan dengan Afghanistan.

    Taliban Pakistan – dikenali sebagai Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) – berkata polis ‘datang menyerbu’ apabila me-reka melepaskan tembakan di Shahab Khel.

    Menurutnya dalam satu kenyataan kepada AFP, pejuangnya ‘berjaya tiba ke pangkalan mereka dengan selamat’ selepas merompak senjata dan peluru. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...