Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    6 tan ganja berjaya dirampas polis Sepanyol

    BARCELONA, 7 JULAI – Polis Sepanyol berjaya merampas barang tegahan jenis ganja seberat enam tan selepas membuat serbuan pada sebuah ladang berdekatan dengan Barcelona, menjadikannya sebagai rampasan ganja terbesar yang pernah direkodkan.

    Operasi tersebut menyaksikan pihak polis berjaya merampas lebih dari enam tan dadah jenis ganja, antaranya adalah 3.5 tan yang dibungkus dalam sejenis beg haba, kata Polis Kebangsaan dan Polis awam Guardia dalam satu kenyataan bersama. Mereka menggambarkan rampasan tersebut sebagai satu rampasan ganja dengan kuantiti terbesar yang pernah dijalankan di Sepanyol.

    Sementara itu, penyiasatan bagi serbuan tersebut bermula pada Mac tahun lalu ketika penyiasat mendapati sebidang tanah dengan keluasan 32 hektar di Vilassar de Mar, sekitar 30 kilometer menuju ke persisiran dari Barcelona, telah digunakan untuk menumbuhkan tumbuhan seperti kanabis secara besar-besaran. Tetapi papan tanda yang diletakkan sekitar tapak tersebut mengatakan ia digunakan bagi urusan yang sah adalah tidak benar, ketika pihak polis dengan segera menyedari bahawa ia telah digunakan sebagai tempat penanaman ganja berskala besar. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...