Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    TAI sasar jadikan Malaysia pangkalan Asia Pasifik

    ANKARA, 7 JULAI – Turkish Aerospace Industries (TAI) berharap dapat merealisasikan rancangannya untuk mewujudkan sebuah kilang pengeluaran produk-produk aeroangkasa seperti jet, helikopter dan kenderaan udara tanpa pemandu di Malaysia dalam tempoh setahun dan menjadikannya sebagai pangkalan untuk rantau Asia Pasifik.

    Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TAI, Profesor Temel Kotil bagaimanapun berkata syarikat itu perlu mempunyai perniagaan di Malaysia sebelum dapat memulakan pengeluaran terbabit.

    “Kami perlu menjalinkan beberapa perniagaan di Malaysia terlebih dahulu dan ini adalah sesuatu yang biasa. Apabila ke Malaysia bagi tujuan pengeluaran kelak, kami akan bekerjasama bagi mengeluarkan jentera-jentera terbaik dunia,” katanya yang juga bekas ketua pegawai eksekutif Turkish Airlines. Beliau berkata demikian kepada kumpulan media Malaysia selepas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang kini dalam lawatan rasmi empat hari ke Turkiye, melawat kemudahan TAI kelmarin.

    Mengulas selanjutnya, Kotil berkata antara produk yang dirancang pengeluarannya di Malaysia adalah kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) yang dikawal secara jarak jauh keluaran tempatan dikenali Anka, pesawat latihan, helikopter Gokbey dan jet tempur ringan Hurjet yang dijangka diperkenalkan pada tahun depan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...