Wednesday, May 8, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    7 keluarga mualaf terima bantuan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MAC – Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Pusat Dakwah Islamiah (PDI) dengan kerjasama persatuan-persatuan mualaf seluruh negara meneruskan lagi acara berkebajikan melalui Projek Fathul Barakah 3.0 dengan memberikan sumbangan kepada tujuh keluarga mualaf di Daerah Brunei dan Muara.

    Penyampaian sumbangan tersebut dilaksanakan oleh Penolong Pengarah PDI, Awang Abdul Aziz bin Haji Abdul Kahar. Turut hadir pada acara penyerahan ialah Ketua Bahagian Pembangunan Mualaf, PDI, Dr Hajah Rohanita binti Haji Yaakub.

    Keluarga-keluarga yang menerima sumbangan berkenaan adalah yang tinggal di Mukim Sengkurong iaitu Kampung Sengkurong, Kampung Tanjong Nangka dan Kampung Mulaut.

    Acara penyerahan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa oleh pegawai PDI dan seterusnya rombongan bergerak ke rumah-rumah penerima. 

    Penyerahan sumbangan diselajurkan dengan pemberian poster tarbiyah yang dilaksanakan dengan kerjasama Bahagian Kajian dan Penerbitan, PDI. 

    Projek Fathul Barakah 3.0 merupakan salah satu usaha PDI dengan kerjasama persatuan-persatuan mualaf seluruh negara dalam memberikan peluang kepada orang ramai untuk sama-sama menyalurkan bantuan berupa keperluan harian seperti makanan asasi kepada asnaf mualaf sempena kedatangan bulan Ramadan 1443 Hijrah. 

    Sumbangan yang diberikan juga agar para mualaf dapat melaksanakan ibadah puasa dengan selesa di samping menjalani kehidupan seharian.

    Selain itu, projek seumpama ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara mualaf dengan warga PDI dalam sama-sama mengungkayahkan kerja-kerja berkebajikan untuk kesejahteraan mualaf khususnya di Negara Brunei Darussalam.

    Antara keluarga mualaf yang menerima sumbangan melalui Fathul Barakah 3.0 yang dijalankan di Daerah Brunei dan Muara, baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan catat suhu paling panas pada April

    SEOUL, 7 MEI - Korea Selatan mengalami April terpanas sejak rekod komprehensif bermula pada 1973, kata agensi cuaca hari ini, dengan purata suhu harian...