Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    7 maut bumbung runtuh di Thailand

    BANGKOK, 23 MEI – Tujuh orang, termasuk empat orang kanak-kanak, terbunuh apabila bumbung medan sukan sebuah sekolah runtuh dalam ribut di Thailand, kata pegawai-pegawai hari ini.

    Kanak-kanak berkenaan, berusia antara enam dan 13 tahun, bermain di bangunan terbuka berkenaan di sebuah sekolah di wilayah Phichit kelmarin, disaksikan oleh beberapa orang penonton.

    Kira-kira pukul 6:30 petang (1130 GMT) ribut melanda, menurut media tempatan, dan hujan lebat serta angin kencang menyebabkan bumbung runtuh secara tiba-tiba.

    Mangsa dewasa yang maut ialah dua ibu bapa dan seorang petugas kebersihan, menurut pejabat perhubungan awam wilayah kepada AFP, manakala 18 orang cedera.

    Ribut berkenaan turut merosakkan beberapa buah rumah di daerah Sam Ngam, polis memberitahu AFP.

    Sekolah di Thailand biasanya mempunyai medan sukan berbumbung untuk melindungi kanak-kanak daripada matahari tropika yang terik semasa mereka bermain. – AFP

    Pekerja penyelamat Thailand di tempat kejadian bumbung runtuh di sekolah rendah Wat Nern Por, wilayah Phichit di utara Thailand pada 22 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...