Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    78 juta kanak-kanak berdepan risiko penyakit

    ABUJA, 21 MAC – Seramai 78 juta kanak-kanak di Nigeria, negara paling ramai penduduk di Afrika, berhadapan risiko tinggi akibat ancaman berkaitan air, menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) kelmarin.

    Ketua sektor Air, Sanitasi dan Kebersihan (WASH) UNICEF Nigeria, Jane Bevan dalam kenyataan di Abuja, ibu negara Nigeria, menggesa kerajaan meningkatkan pelaburan dalam sektor berkenaan dengan segera berikutan tuntutan mendesak untuk mengurangkan penyakit yang boleh dicegah dalam kalangan kanak-kanak.

    Menurut UNICEF satu pertiga daripada kanak-kanak tidak mempunyai akses kepada bekalan air manakala dua pertiga tidak mempunyai akses sanitasi, lapor Xinhua.

    “Tiga perempat kanak-kanak tidak dapat membasuh tangan kerana kekurangan air dan sabun di rumah yang menyebabkan Nigeria merupakan antara 10 negara mencatat bilangan kematian kanak-kanak terbesar akibat penyakit seperti cirit-birit.

    “Paras air bawah tanah juga menurun yang memerlukan sesetengah komuniti menggali telaga dua kali lebih dalam daripada sedekad lalu,” menurut UNICEF.

    UNICEF berkata pelaburan daripada pembiayaan iklim global akan membantu mengukuhkan daya tahan iklim yang bukan sahaja dapat melindungi kesihatan kanak-kanak hari ini bahkan dapat memastikan masa depan yang mampan untuk generasi akan datang. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...