Monday, March 27, 2023
21.9 C
Brunei

-

81 pain darah dikumpul

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MAC – Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan dan Institusi Brunei Geomatik (BIG) hari ini telah menganjurkan kempen derma darah sempena sambutan Hari Juruukur Sedunia 2023.

Kempen sehari diadakan di Dewan Atria Simpur, Jabatan Kerja Raya menyaksikan sebanyak lebih 90 pendaftaran terdiri daripada pegawai dan kakitangan jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pembangunan serta para ahli BIG dan orang awam yang hadir bagi menjayakan kempen derma darah tersebut.

Sejumlah 81 pain darah berjaya didermakan pada acara berkenaan yang dianjurkan sebagai sebahagian daripada usaha untuk memberi sokongan dalam menyumbang kepada Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

Di samping itu, kempen ini juga bertujuan untuk menggalakkan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat serta meningkatkan kesedaran tentang faedah dan kepentingan menderma darah.

Antara yang mendermakan darah semasa kempen berkenaan.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -