Wednesday, May 8, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    9 guru dan kakitangan sekolah jalani Kursus Marsyal Bomba

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan JBP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 SEPT – Sembilan orang guru dan kakitangan Sekolah Pai Yuek telah menyertai Kursus Marsyal Bomba yang berlangsung selama tiga hari hingga kelmarin dan dikendalikan oleh Bahagian Perhubungan Awam Cawangan Operasi G, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP).

    Kursus bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya kebakaran, memupuk rasa bertanggungjawab serta menerapkan ilmu pengetahuan mengenai aspek keselamatan kebakaran.

    Semasa kursus itu, para peserta didedahkan mengenai penggunaan alat pemadam api dan tatacara mengangkat mangsa. Di samping itu, latihan pengosongan dan kebakaran juga diadakan di sekolah berkenaan dengan dibantu oleh keanggotaan dan aset Balai Bomba Bangar yang diketuai oleh Stesen Komander Balai Bomba Bangar, SO Jamaluddin bin Ahmad.

    Para peserta juga didedahkan mengenai sebab dan punca berlakunya kebakaran, mengetahui akan tindakan yang diambil apabila menghadapi insiden kebakaran di tempat kerja dengan membuat latihan pengosongan bangunan secara bersistematik, mengetahui tatacara penggunaan alat-alat pemadam api dan selimut api dengan cara yang betul serta tatacara menyelamatkan diri dari terperangkap dalam bangunan bila berlakunya kebakaran.

    Selain itu, mereka juga berpeluang untuk mengadakan lawatan ke Balai Bomba Bangar di mana mereka diberikan pengenalan kepada perkakas dan peralatan bomba.

    Kursus berkenaan berakhir dengan penyampaian sijil kepada para peserta yang disempurnakan oleh Pegawai Pemerintah Operasi G, SSFR Haji Afiq bin Haji Julah dengan disaksikan oleh ahli lembaga sekolah berkenaan.

    Peserta kursus mencuba sendiri peralatan bomba semasa lawatan ke Balai Bomba Bangar.
    Latihan pengosongan dan kebakaran bangunan yang diadakan di Sekolah Pai Yuek, baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan catat suhu paling panas pada April

    SEOUL, 7 MEI - Korea Selatan mengalami April terpanas sejak rekod komprehensif bermula pada 1973, kata agensi cuaca hari ini, dengan purata suhu harian...