Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    AADK masih pantau Mamat

    Penyanyi kontroversi, Mamat Exists mahu berubah ke arah kebaikan demi masa depan lebih baik selepas sering terpalit isu dadah.

    Mengakui masih berada di bawah pemantauan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Ali Kamarudin, 44, diberi sedikit kelonggaran selepas berkelakuan baik.

    “Saya sudah berusia, umur pun 40an. Ketika ini, tumpuan saya untuk memberi sepenuh komitmen terhadap kerjaya.

    “Saya masih berada dalam pemantauan dan mengikuti program dianjurkan AADK. Pemantauan tidak begitu ketat selepas melihat perkembangan saya berbanding sebelum ini.

    “Lagipun, saya seorang yang dikenali dan mereka tahu tempat tinggal saya. Bukannya saya boleh melarikan diri pun.

    “Cuma, saya masih belum boleh bergerak bebas seperti biasa,” katanya kepada BH Online ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Resolusi Exists yang diadakan di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, semalam.

    Mengulas tahap kesihatannya, penyanyi yang popular menerusi lagu Untukmu Ibu itu berkata, dia berada dalam keadaan baik.

    “Alhamdulillah, saya sihat. Kehidupan semakin terurus dan fokus saya hanyalah untuk menjayakan konsert ini.

    “Sebagai persediaan, saya banyak menyanyi depan cermin untuk membiasakan diri berdepan dengan khalayak,” katanya kepada media.

    Pada 2019, Mamat pernah ditahan polis di Taman Perling, Johor berkaitan kesalahan dadah semasa menunggang motosikal bersama seorang rakannya. – Agensi

    Mamat Exists mahu berubah ke arah kebaikan demi masa depan lebih baik selepas sering terpalit isu dadah. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...