Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    ACB dan FAO Jalin kerjasama

    Oleh Azlan Othman

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 FEB – Berdasarkan ancaman berterusan terhadap kesihatan awam daripada kemunculan penyakit-penyakit dan varian baharu COVID-19, Pusat Biodiversiti ASEAN (ACB) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) berhasrat untuk mengukuhkan kapasiti bagi menggabungkan biodiversiti ke dalam rangka kerja dan sistem kesihatan.

    ACB dan FAO telah menandatangani perjanjian untuk mengukuhkan kerjasama dalam kalangan kementerian-kementerian pengurusan sumber semula jadi, perhutanan dan hidupan liar di ASEAN di bawah pendekatan Satu Kesihatan dalam matlamat umum untuk mencegah limpahan dan kemunculan patogen zoonotik berjangkit pada sumbernya.

    Satu Sumber adalah pendekatan kerjasama di seluruh sektor dan disiplin dengan matlamat untuk mencapai hasil kesihatan optimum dalam menyedari hubungan antara manusia, binatang, tumbuhan dan persekitaran yang dikongsi.

    Pengarah Eksekutif ACB, Theresa Mundita Lim berkata, “Krisis yang dibawakan oleh
    pandemik COVID-19 telah menunjukkan mengenai bagaimana kesihatan dan kesejahteraan awal bergantung pada ekosistem sihat dan kekayaan biodiversiti.

    “Kerjasama ini adalah tepat pada masanya ketika kita bergerak ke arah pemulihan daripada pandemik dan membangunkan kedayatananan jangka panjang daripada krisis-krisis serupa,” ujarnya lagi.

    Lim berkata, dengan kekayaan diversiti biologi di ASEAN, adalah penting rantau ini menyedari kaitan kekayaan semula jadi ini dalam mengurangkan risiko pandemik masa depan, memandangkan terdapat sekitar 1.7 juta virus dipercayai ditemui dalam pelbagai spesies mamalia dan burung, dan sehingga setengah daripadanya boleh menjadi berjangkit kepada
    manusia.

    “Kita sedang memasuki era pandemik, seperti yang telah diperkatakan saintis-saintis sebelumnya, dan menangani cabaran-cabaran yang terus berubah memerlukan pendekatan bersepadu dan holistik, pendekatan yang mengambil kira alam sekitar yang kita kongsi bersama,” kata Lim.

    Jumlah kes Omicron melambung di seluruh dunia, menyebabkan kesan berlarutan kepada kehidupan-kehidupan dan ekonomi.

    Bertindak balas kepada pandemik COVID-19, negara anggota ASEAN (AMS), merangkumi Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam, telah mengguna pakai Rangka Kerja Pemulihan Komprehensif ASEAN (ACRF) semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 pada 2020.

    ACRF menyediakan rangka tindakan untuk membimbing tindakan kerjasama antara rakan-rakan, termasuk pendekatan berdasarkan ekosistem untuk meningkatkan kedayatahanan daripada pandemik-pandemik masa depan dan terus mempromosikan penggabungan biodiversiti di seluruh sektor berkaitan.

    Di bawah perjanjian antara ACB dan FAO itu, satu pelan pelaksanaan serantau akan yang bakal dibangunkan akan melengkapkan kerjasama sedia ada dalam kalangan ASEAN dan badan-badan berkaitan yang lain.

    ACB juga akan bekerjasama dengan FAO bagi modul latihan dua pusat pembelajaran maya yang sedang dibangunkan dan bermatlamat untuk mempromosikan kepentingan biodiversiti, ekosistem dan alam sekitar dalam kalangan sektor veterinar dan kesihatan awam.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...