Sunday, April 28, 2024
25.7 C
Brunei

    -

    Acer ketengah model server baharu

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MAC – Dengan matlamat untuk menjadikan pengkomputeran lebih pintar bagi penggunanya khususnya pengguna korporat, Acer Altos menyediakan model server yang mengetengahkan penyelesaian kos efektif dan diperkemas dengan ciri-ciri keselamatan yang diutamakan oleh pengguna.

    Perkara itu diketengahkan oleh Pengurus Cawangan Acer Sales & Services Sdn Bhd, Miri, Richard Soo semasa sidang media mengenai produk Acer Altos yang berlangsung di Bilik Persidangan, Concepts Computer, Kiulap, hari ini.

    Turut hadir semasa sidang media berkenaan ialah Pengurus Besar Concepts Commercial Suppliers, Vincent Pao; Pengurus Projek, Produk Perusahaan, Acer Sales & Services Sdn Bhd, Phoenix Tan; Pengurus Pengedaran Perisian Concepts Technologies, Ardoni Siregar; dan Eksekutif Saluran Akaun, Acer Sales & Services Sdn Bhd, Miri, Margareth Kong.

    Richard menerangkan lanjut bahawa Acer terus menyampaikan produk dan perisian yang memenuhi keperluan para pengguna bagi mempercepatkan inovasi perkhidmatan dan transformasi digital.

    Menurutnya lagi, produk Acer terus menjadi pilihan dalam kalangan pengguna di Brunei bukan sahaja dalam segmen pasaran pengguna tetapi juga segmen pasaran korporat.

    Semua itu, ulasnya, adalah hasil kerjasama dan sokongan padu daripada Concepts Commercial Suppliers yang merupakan rakan kongsi Acer yang menawarkan perkhidmatan lepas jualan terbaik bagi pelanggan-pelanggan Acer.

    Sementara itu, Phoenix Tan berkata bahawa produk Acer Altos dikenali sebagai produk yang amat dipercayai oleh para pengguna dari segi prestasi, dipercayai, mantap serta tahan lama.

    Acer Altos juga memberikan ketenangan fikiran kepada pengguna korporat dengan memberikan perlindungan daripada ancaman siber untuk memastikan perlindungan yang terbaik bagi data serta memberikan nilai untuk wang.

    Di samping itu, jaminan yang diberikan kepada produk berkenaan turut memberikan kepercayaan kepada pengguna mengenai keberkesanan Acer Altos serta perkhidmatan lepas jualan yang disediakan oleh rakan kongsi Acer di Brunei, Concepts Commercial Suppliers, memberikan keyakinan kepada pengguna mengenai produk berkenaan.

    (Dari kiri) Margareth Kong, Ardoni, Vincent Pao, Richard Soo, dan Phoenix Tan semasa sidang media kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    4 maut diserang gajah liar di India

    NEW DELHI, 28 APRIL - Sekurang-kurangnya empat orang termasuk pegawai perhutanan maut diserang seekor gajah liar di negeri Assam, timur laut india, lapor Xinhua...