Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    ADB guna teknologi blockchain

    KUALA LUMPUR, 26 JAN – Bank Pembangunan Asia (ADB) melancarkan projek untuk menjadikan transaksi sekuriti rentas sempadan di Asia dan Pasifik lebih cekap dan selamat melalui penggunaan teknologi ‘blockchain’.

    ADB, yang bekerjasama dengan syarikat-syarikat ‘blockchain’ terkemuka, akan berusaha untuk membangunkan cara bagi menghubungkan bank pusat dan depositori sekuriti di rantau ASEAN+3 secara langsung dalam satu rangkaian ‘blockchain’, menurutnya dalam kenyataan hari ini.

    Ia menjelaskan, rantau itu terdiri daripada negara-negara ASEAN, serta Jepun, China dan Korea Selatan.

    Menurut ADB, hubungan secara langsung institusi-institusi dalam rangkaian ‘blockchain’ boleh mengurangkan kos transaksi dan risiko penyelesaian – kemungkinan sekuriti berkenaan tidak ditukarkan dalam jangka masa yang dipersetujui.

    “Transaksi sekuriti rentas sempadan di rantau ASEAN+3 kini diproses melalui rangkaian kustodian global dan bank-bank koresponden, yang melalui pusat global sama ada di Amerika Syarikat atau Eropah.– Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...