Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    AFMGM bincang prospek ekonomi serantau

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MEI – Pandangan mengenai perkembangan terkini dan prospek ekonomi serantau serta global dengan respons dasar-dasar kepada cabaran dan risiko yang dihadapi telah diketengahkan serta dikongsi bersama oleh menteri-menteri kewangan dan gabenor bank-bank pusat semasa Mesyuarat Gabenor-gabenor Bank Pusat dan Menteri-menteri Kewangan ASEAN+3 (AFMGM) ke-26 yang berlangsung di Incheon, Korea pada 2 Mei lalu.

    Mesyuarat yang diadakan secara bersemuka buat kali pertama sejak Mei 2019 itu telah dihadiri oleh menteri-menteri kewangan dan gabenor-gabenor bank pusat daripada ASEAN+3 dan telah dipengerusikan bersama oleh Menteri Kewangan Republik Indonesia, Puan Yang Terutama Sri Mulyani Indrawati; Gabenor Bank Indonesia, Perry Warjiyo; Menteri Kewangan Jepun, TYT Shunichi Suzuki dan Gabenor Bank Jepun, Kazuo Ueda.

    Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan bagi mesyuarat berkenaan telah mengambil maklum kerjasama kewangan ASEAN+3 memainkan peranan yang amat penting dalam menyokong ekonomi serantau untuk menangani cabaran-cabaran serta risiko.

    Dalam hubungan itu, mesyuarat berkenaan telah bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama kewangan serantau melalui inisiatif-inisiatif di bawah Hala Tuju Masa Hadapan Perjanjian Kewangan Serantau (RFA), Chiang Mai Initiative Multilateralisation (CMIM), AMRO, Inisiatif Pasaran Bon Asia (ABMI), Pembiayaan Risiko Bencana (DRF) dan Inisiatif-inisiatif masa hadapan ASEAN +3.

    Mesyuarat tersebut juga mengambil maklum akan keadaan berkaitan COVID-19 yang semakin baik, oleh itu, mereka menyatakan perlunya untuk mengurangkan langkah-langkah dasar berhubungan COVID-19.

    Menteri-menteri kewangan dan gabenor bank-bank pusat bergambar ramai semasa Mesyuarat AFMGM ke-26 yang berlangsung di Incheon, Korea pada 2 Mei lalu.- Gambar serahan Sekretariat ASEAN

    Langkah dasar perlu disusun dengan berhati-hati untuk memulihara kestabilan kewangan dan monetari, memanfaatkan sektor-sektor yang baru muncul utama seperti ekonomi digital dan hijau, memastikan kestabilan fiskal jangka panjang serta mempromosikan pertumbuhan mampan, berdaya tahan dan kukuh.

    Mesyuarat juga mengambil maklum bahawa prospek pertumbuhan jangka panjang bagi rantau berkenaan bergantung pada bagaimana rantau mengurus risiko berkaitan dengan kemungkinan pandemik masa hadapan dan perubahan iklim termasuk kejadian bencana alam yang lebih kerap dan teruk.

    Dengan berhadapan kemungkinan risiko berkenaan, mesyuarat mengambil maklum manfaat daripada kerjasama ke arah pemulihan yang kukuh dan inklusif serta meneruskan perkembangan dalam Agenda 2030 bagi Pembangunan Mampan supaya dapat mencapai pembangunan global yang lebih seimbang, berdaya tahan, hijau dan kukuh.

    Mesyuarat juga membincangkan mengenai usaha untuk mengukuhkan kerjasama kewangan serantau di mana ia menyentuh beberapa hala tuju dan inisiatif termasuk RFA, isu-isu berjalan bagi CMIM, ABMI, DRF serta inisiatif-inisiatif masa hadapan ASEAN +3.

    Selain daripada itu, mesyuarat juga telah membincangkan peranan penting yang dimainkan oleh AMRO sejak penubuhannya pada 2011, dalam membantu melindungi kestabilan kewangan dan makroekonomi rantau ASEAN+3 menerusi pemantauan makroekonomi yang mantap serta memberikan sokongan operasi dan analisis yang kuat kepada CMIM.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...