Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Irma Hasmie luah rasa rindu

    Pelakon dan pengacara Irma Hasmie berkongsi berita duka kehilangan ibunya, Ropitah Robiah yang meninggal dunia pada 27 April lalu.

    Perkhabaran tersebut baru sahaja dikongsikan Irma, 41, di akaun Instagramnya kelmarin setelah genap seminggu pemergian Allahyarham.

    Dalam perkongsian sama, Irma yang kini terlibat aktif dengan aktiviti dan kerja-kerja amal itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menguruskan jenazah serta mendoakan kesejahteraan Allahyarham.

    “Saya dan adik saya, Mohd Farooq Hossny ingin sampaikan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua doktor, jururawat dan mana-mana pihak di Prince Court Medical Centre atas setiap rawatan, penjagaan rapi dan layanan yang sangat baik terhadap Almarhumah mama kami.

    “Begitu juga adik beradik Almarhumah mama, ahli keluarga dan saudara mara yang menemani mama hingga saat akhir. Terus memberi semangat pada kami, membantu menyelesaikan urusan-urusan tertentu, prihatin tanpa jemu, berkorban masa dan tenaga, berjaga sepanjang malam bergilir-gilir zikir dan berdoa buat mama,” katanya.

    Irma juga meluahkan rasa terharunya apabila menerima banyak sokongan dan kata-kata semangat di saat dirinya dan keluarga berdepan saat sukar.

    “Terima kasih semua pengikut dan warga media sosial yang mendoakan almarhumah mama. Walaupun mungkin kita tak pernah bersua atau mengenali secara langsung, ramai yang DM dan saya tak sempat nak respon semuanya.

    “Alhamdulillah saya baca dan semoga setiap doa kembali kepada kalian dengan berkat dan kebaikan daripada Allah SWT. Terima kasih dan saya sangat menghargainya,” katanya. – Agensi

    Irma Hashim ungkap rasa kerinduan ibunya yang meninggal dunia baru-baru ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...