Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Afrika Selatan eksport 359 ekor harimau dari 2011-2020

    JOHANNESBURG, 1 FEB – Pembiakan singa yang sah di Afrika Selatan telah melahirkan industri penternakan harimau untuk eksport komersial, yang berpotensi menimbulkan ancaman kepada spesies yang sudah menurun itu, kum-pulan kebajikan haiwan memberi amaran hari ini.

    Pembiakan singa untuk pemburuan komersial dan untuk eksport tulang ke negara Asia adalah sah di Afrika Selatan, tetapi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pembiakan harimau untuk tujuan yang sama telah menjadi lebih biasa.

    Laporan oleh badan amal hak haiwan global, Four Paws, menunjukkan bahawa 359 ekor harimau, hampir satu persepuluh daripada populasi harimau secara global telah dieksport dari Afrika Selatan dari 2011 hingga 2020.

    Sekitar 255 daripadanya telah dijual kepada zoo. Harimau bukan berasal Afrika Selatan dan tidak mempunyai undang-undang perlindungan di negara itu, kata organisasi berkenaan.

    Terdapat “jalan keluar yang membenarkan model perniagaan berubah,” kata pakar kehidupan liar Paws, Kieran Harkin kepada AFP.

    “Pasaran berada di Asia sudah ada, permintaan juga ada, jadi masuk akal untuk penternak untuk berpindah pada harimau, yang sekali lagi lebih menguntungkan daripada singa,” katanya.

    Afrika Selatan tidak mempunyai jumlah rasmi untuk populasi harimau mereka. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...