Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Agensi pelancongan lega ibadah umrah dibenarkan semula

    KUALA LUMPUR, 27 JAN – Agensi pelancongan umrah melahirkan rasa lega terhadap keputusan kerajaan membenarkan semula umat Islam mengerjakan ibadah berkenaan bermula 8 Feb ini, namun berharap usaha penambahbaikan dilakukan terhadap prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.

    Ketua Pegawai Eksekutif Travenexx Tour Sdn Bhd Hairul Anwar Ali berkata ini termasuk mengetatkan semula peraturan penempatan jemaah sewaktu mengerjakan umrah.

     “Pada awal Oktober lepas, SOP mengerjakan umrah menetapkan hanya dua jemaah ditempatkan dalam satu bilik di bawah visa umrah, selain hanya 25 orang penumpang dalam sebuah bas.

    “Namun pada akhir November lepas, SOP mula longgar dan kebanyakan jemaah ditempatkan empat orang dalam satu bilik. Selain itu, saya juga melihat para jemaah berkumpul ramai apabila tiba waktu makan.

    “Jadi mungkin pihak agensi boleh berbincang dengan pihak hotel untuk melakukan penambahbaikan antaranya membungkus makanan untuk dihantar ke bilik jemaah bagi mengelakkan penyebaran COVID-19,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    Hairul menambah, setiap jemaah juga digalakkan membawa kit ujian saringan COVID-19 tambahan bagi memudahkan mereka membuat pemeriksaan status kesihatan.

    “Apabila jemaah mempunyai simptom seperti demam serta batuk terus buat pemeriksaan dan maklumkan kepada agensi pelancongan umrah yang membawa mereka sekiranya positif,” katanya. – Bernama 

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...