Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Ahli PUJA kembang pengetahuan asas

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JULAI – Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek (PUJA) dan PUJA Academy Sdn Bhd dengan kerjasama Universiti Teknologi Brunei (UTB) kini menganjurkan beberapa siri kursus untuk golongan profesional dalam bidang kejuruteraan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh PUJA, kursus bertajuk Fundamentals of Structural Steel Design bermula kelmarin sehingga 23 Julai dan meliputi asas reka bentuk, reka bentuk keluli struktur dan reka bentuk penyambung dengan matlamat untuk meningkatkan pengetahuan asas para peserta dalam reka bentuk keluli struktur.

    Manakala kursus bertajuk Structural Steel Design (British Standard vs Euro-code) akan dijalankan pada 30 Julai depan.

    Siri kursus berkenaan akan disampaikan oleh Dr Lim Pang Jen dari UTB yang mana para peserta terdiri daripada ahli-ahli PUJA, pegawai kerajaan serta profesional daripada sektor swasta.

    Kenyataan menyatakan, siri kursus bermatlamat untuk mengembangkan pembangunan profesional ahli PUJA serta profesional dalam industri pembinaan.

    Dalam pada itu, PUJA Academy Sdn Bhd juga aktif menawarkan webinar dan kursus maya untuk meningkatkan kecekapan ahli-ahlinya dan para profesional berkaitan, dengan misinya untuk menggalakkan kesedaran, meningkatkan pengetahuan dan memperkasa pengalaman.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...