Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    AIA Brunei anjur acara tanam pokok

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JUN – Bersempena dengan Hari Alam Sekitar Sedunia, AIA Brunei telah mengadakan majlis menanam pokok pertamanya yang berlangsung di Taman Sungai Berakas pada 4 Jun lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh AIA Brunei, di sini, inisiatif berkenaan telah diketuai oleh Green Brunei yang menyumbang kepada usaha penanaman semula dan meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya untuk melindungi alam sekitar.

    Acara dimulakan dengan kata alu-aluan daripada Pengurus Besar AIA Brunei, Kenneth Ling di mana beliau berkata bahawa AIA telah memulakan satu pergerakan yang digelar AIA One Billion.

    Beliau menerangkan bahawa menjadi cita-cita mereka untuk melibatkan satu bilion orang untuk hidup dan mengekalkan kehidupan yang lebih sihat, panjang dan sihat menjelang 2030.

    “Kita mengambil komitmen ini untuk melibatkan, mendidik dan memberikan inspirasi kepada orang di serata Asia untuk memperbaiki kebaikan fizikal, mental dan alam sekitar sambil masih menjaga hal ehwal kewangan mereka,” jelasnya.

    Beliau menambah bahawa menerusi usaha itu, mereka berharap untuk menjana impak yang positif kepada masyarakat sekeliling.

    Acara diteruskan dengan taklimat yang disampaikan oleh Pengasas Green Brunei, Dayang Khairunnisa binti Haji Ash’ari di mana dengan bantuan Green Brunei, sebanyak 40 pohon anak pokok telah ditanam di tebing Taman Sungai Berakas oleh pemimpin agensi, ahli Million Dollar Round Table (MDRT) dan kakitangan AIA.

    Seorang kanak-kanak bergambar bersama pokok yang ditanamnya dan dinamakan Eddie semasa acara menanam pokok yang berlangsung di Taman Sungai Berakas pada 4 Jun lalu.
    Kenneth Ling bergambar bersama ahli-ahli AIA Brunei pada majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...