Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Aidil Sharin puji persembahan anak buah

    ALOR SETAR, 20 JULAI – Pengendali Kedah Darul Aman (KDA FC), Aidil Sharin Sahak memuji mutu persembahan ditunjukkan barisan pemainnya selepas berjaya menundukkan Sarawak United 3-1 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, kelmarin.

    Beliau berkata, walaupun tanpa kehadiran beberapa pemain utama, pasukannya masih berjaya mengawal perlawanan dengan baik sekali gus memperoleh kemenangan berharga selepas mencatatkan beberapa kekalahan dalam perlawanan sebelum ini. 

    “Mereka faham apa harus dilakukan dan mengikut perancangan ditetapkan dan pasukan mendapat tiga mata berharga selepas kalah dua kali kepada Terengganu (sebelum ini).

    “Saya percaya kepada pemain yang akhirnya bangkit dan melakukan tugas dengan baik, sekali gus memperbaiki kedudukan pasukan dalam liga,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan di Stadium Darul Aman, di sini kelmarin.

    Kemenangan itu menyaksikan KDA FC melonjak ke tangga keempat liga dengan mengumpul 17 mata.

    Dalam pada itu, Aidil Sharin turut berterima kasih kepada penyokong Skuad Kenari yang berterusan memberikan sokongan padu walaupun pasukan gagal mencatatkan kemenangan dalam beberapa siri perlawanan sebelum ini.

    Sementara itu, ketua jurulatih Sarawak United, S.Balachandran berkata, beberapa kesilapan dilakukan pemainnya termasuk gagal memanfaatkan peluang menjadi antara faktor skuadnya tewas.

    “Kesemua pemain telah bekerja keras dan bermain dengan bagus dari awal dan dapat menyamakan kedudukan…tetapi kerana kesilapan dilakukan, Kedah mendapat gol. Ia bukan perlawanan mudah kerana kita bermain di tempat lawan dan kita tahu Kedah pasukan yang kuat,” katanya. – Bernama

    Aksi pemain Kedah, Wanja Ronald Ngah (kanan) semasa perlawanan Liga Super, Kedah FC bertemu Sarawak United FC di Stadium Darul Aman kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...