Wednesday, May 8, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Aiman ungguli acara ujian masa individu

    MELAKA, 29 DIS – Sapura Cycling Team (TSC) bermula langkah kanan pada hari pertama Kejohanan Berbasikal Lebuh Raya Kebangsaan 2021 selepas pelumba pasukan berkenaan Muhammad Nur Aiman Rosli muncul juara dalam acara ujian masa perseorangan hari ini.

    Lebih manis, pelumba berusia 22 tahun itu berjaya mengekalkan momentum kemenangan acara yang sama buat kali kedua berturut-turut apabila menamatkan saingan dalam kategori elit dengan catatan satu jam 00 minit 17.74 saat, mengatasi Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff dari Terengganu Cycling Team (TSG).

    “Cabaran kali ini adalah angin kuat. Walaupun sudah bersedia mental dan fizikal dengan keadaan angin kuat sepanjang menjalani latihan tapi kelajuan angin pagi ini sangat berbeza.

    “Biarpun catatan masa tidak baik seperti tahun lepas, tapi saya berpuas hati.” – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan catat suhu paling panas pada April

    SEOUL, 7 MEI - Korea Selatan mengalami April terpanas sejak rekod komprehensif bermula pada 1973, kata agensi cuaca hari ini, dengan purata suhu harian...