Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Air Force The Movie kutip RM8 juta dalam empat hari

    Filem aksi Air Force The Movie: Selagi Bernyawa mencipta sejarah apabila berjaya merekodkan kutipan sebanyak RM8 juta hanya dalam tempoh empat hari tayangan. Tidak hanya itu, filem arahan Zulkarnain Azhar dan Frank See ini bakal menembusi panggung wayang di Korea Selatan, Jepun dan Taiwan.

    Penerbit filem, Josiah Chieng dalam satu kenyataan media kepada mStar berkata, kejayaan naskhah itu menembusi pasaran antarabangsa adalah pencapaian membanggakan kerana ia secara tidak langsung dapat mengangkat kualiti filem tempatan ke peringkat dunia.

    Sementara itu pengarah filem, Syafiq Yussof berkata, tidak mudah menghasilkan filem berkualiti selain kehebatan sesebuah filem itu subjektif kerana selera penonton itu berbeza namun karya berkenan jelas memperlihatkan usaha dan kesungguhan bagi menghasilkan naskhah yang berkualiti.

    “Kita dapat lihat bagaimana pasukan produksi memberikan sepenuh jiwa raga mereka untuk menghasilkan yang terbaik demi penonton Malaysia. Semangat ini harus dicontohi oleh semua pembikin filem di Malaysia.”

    Air Force The Movie: Selagi Bernyawa dipersembahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama lima syarikat penerbitan gergasi iaitu Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas (GSC), Astro, FXHammer dan SixFun Media.

    Filem ini mengisahkan Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang terkandas di Namburi selepas kapal terbang TUDM ditembak musuh. Di Malaysia, pasukan TUDM melancarkan misi untuk menyelamatkan mereka.

    Air Force The Movie: Selagi Bernyawa menampilkan barisan pelakon terkenal antaranya Datuk Adi Putera, Aiman Hakim Ridza, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As’ari, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Jack Tan, Corinne, Scha Alyahya dan Carmen Soo. – Agensi

    Air Force The Movie: Sleagi Bernyawa akan ditayangkan di Korea Selatan, Jepun dan Taiwan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...