Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Air mata kegembiraan sambut kepulangan Rosnazirah

    KOTA BHARU, 3 OKT – Ejen jualan produk kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim yang diculik sekumpulan lelaki di rumahnya di Tumpat, dekat sini pada 13 September, hari ini diserahkan polis kepada ahli keluarganya di Jalan Kelochor, di sini.

    Kepulangan Rosnazirah, 36, disambut dengan tangisan kegembiraan oleh kedua ibu bapa serta anggota keluarganya yang lain, termasuk anak perempuannya yang berusia 13 tahun.

    Turut mengiringi ketibaan mangsa adalah Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun serta pegawai-pegawai kanan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.

    Muhamad Zaki berkata dengan penyerahan mangsa kepada keluarganya, kes dianggap sudah selesai dan kejayaan itu menunjukkan kesepaduan masyarakat dalam menangani permasalahan seperti ini.

    “Ini adalah kejayaan hasil kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan, Bukit Aman dan rakan setugas dari negara jiran.

    “Kita tahu mangsa ditahan penculik melebihi 20 hari dan mungkin pengalaman dialami mangsa meninggalkan kesan emosi dan kejutan kepadanya. Sebaiknya kita berilah ruang kepadanya dan keluarga buat masa sekarang,” katanya kepada pemberita selepas penyerahan mangsa kepada keluarganya hari ini.

    Jelasnya polis akan terus membantu mangsa termasuk bantuan di segi psikologi dan berharap agar masyarakat jangan memperkatakan hal yang negatif melibatkan mangsa.
    Katanya orang ramai perlu mengambil iktibar daripada kejadian ini dan berharap perkara sama tidak menimpa ke atas orang lain. – Bernama

    Ejen jualan produk kosmetik Rosnazirah menangis ketika memeluk ibunya sebaik tiba di kediaman ibu bapanya di Kota Bharu, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...