Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Aksi Baby Shima kemas meja makan dipuji

    Tular di media sosial milik penyanyi, Baby Shima baru-baru ini yang memuatnaik videonya mengemas pinggan kotor selepas makan di sebuah medan selera mencuri tumpuan ramai.

    Menerusi muatnaik tersebut, penyanyi tersebut hanya sekadar mahu membantu meringankan tugas pekerja di kedai makan dengan menyusun pinggan-pinggan kotor dan mengelap meja ditempatnya.

    “Saling tolong menolong…” tulisnya

    Melihat video pendek tersebut, ramai yang memuji sifat membantu penyanyi tersebut dan ramai yang berkongsi melakukan amalan yang sama apabila keluar makan di kedai makan serta mengatakan amalan seperti itu patut dicontohi.

    Dalam pada itu, ada juga yang memberi komen tidak menyangka selebriti cantik seperti Shima juga makan di kedai biasa seperti orang lain. Menurut Shima, dia akui suka makan di kedai biasa dan warung di tepi jalan kerana rasanya lebih sedap.

    “Baby Shima rilek jer makan di kedai biasa” komen salah seorang warganet

    “Shima suka kat warung-warung kedai biasa tepi jalan sebab lebih sedap,” jawab Shima. – Agensi

    Baby Shima baru-baru ini yang memuatnaik videonya mengemas pinggan kotor selepas makan di sebuah medan selera mencuri tumpuan ramai. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...