Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Separuh jalan Lebuhraya Muara Tutong ditutup sementara

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MAC – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Lebuhraya Muara-Tutong, KM 17, berdekatan Kampung Lambak Kiri, hala Muara bermula 18 Mac hingga 1 April, dari jam 8 pagi hingga jam 5:30 petang.

    Kenyataan menyatakan bahawa penutupan sementara separuh jalan di lebuh raya itu adalah bagi membolehkan pihak Unified National Networks (UNN) untuk melaksanakan kerja-kerja monopole dismantling dan collection of dismantled items.

    Sehubungan dengan itu, JKR mengingatkan kepada para pengguna lebuh raya supaya sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan berkenaan di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan had laju yang dibenarkan demi mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.

    Jabatan berkenaan juga ingin menyatakan kepada orang ramai jika mereka mempunyai sebarang aduan, mereka boleh menghubungi JKR melalui Talian Darussalam 123 atau Livechat Talian Darussalam, 8333123 atau e-mel: pro@pwd.gov.bn.

    Peta menunjukkan kawasan penutupan sementara separuh jalan di Lebuhraya Muara-Tutong, KM 17, berdekatan dengan Kampung Lambak Kiri, hala Muara. – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...