Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Amal akhlak terpuji, elak sifat sombong

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OKT – Sebagai umat manusia hendaklah sentiasa mengamalkan akhlak terpuji dan sifat merendah diri walau di mana pun berada.

    “Janganlah kita lupa daratan, sombong dan riak dengan pangkat, darjat mahupun harta kita,” tegas Pegawai Penyelidik, Pusat Pengkajian Kefahaman Ahli Sunnah Waljamaah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUS SB), Awang Mohammad Muslihuddin Syah bin Haji Mustafa.

    Beliau menjelaskan, sifat sombong merupakan penyakit hati yang boleh membawa kerosakan kepada diri sendiri kerana jika kesombongan sudah menguasai jiwa maka tidak mustahil kita akan menjadi orang yang lupa diri sehingga tidak lagi ada perasaan takut untuk melakukan dosa.

    Sifat sombong bukan sahaja dibenci oleh Allah SWT, bahkan juga tidak disukai dan dihormati oleh sesama manusia. Ia akan menjadi penghalang untuk kita masuk ke dalam syurga, menurutnya semasa menyampaikan tazkirah bertajuk ‘Jika Terbang Tinggi di Langit, Jangan Lupa Memandang ke Bumi’ semasa Malam Munajat ke-59 anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), malam tadi.

    Turut hadir ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

    Lebih 101 buah masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara serta warga KHEU dan keluarga mereka menyertai majlis berkenaan secara maya.

    Malam Munajat minggu ini mengundang beberapa tetamu khas dari Jawatankuasa Takmir Masjid Pengiran Haji Abu Bakar, Kampung Bokok, Temburong, pelajar-pelajar Universiti Teknologi Brunei dan Kumpulan Belia Mualaf As-Syahadah.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama semasa menyertai Malam Munajat ke-59, baru-baru ini. – Gambar serahan KHEU
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...