Monday, May 6, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Toyota lantik Koji Sato sebagai presiden baharu

    TOKYO, 26 JAN – Syarikat pengeluar auto terkemuka, Toyota telah melantik Koji Sato sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu hari ini, dalam rombakan mengejutkan yang menyaksikan bekas CEO generasi-ketiga, Akio Toyoda dilantik ke jawatan pengerusi.

    Syarikat automotif Jepun itu berkata, Sato, 53, juga akan menjadi pegawai operasi apabila perubahan struktur eksekutifnya berkuatkuasa pada 1 April.

    Sato, sebelum ini merupakan pegawai jenama utama Toyota dan presiden jenama mewahnya, Lexus akan mengambil alih tampuk pimpinan ketika industri automotif berada dalam perubahan besar, dengan kenderaan elektrik kini menjadi tumpuan utama.

    Dia mempunyai usia yang sama dengan Toyoda pada 2009 apabila beliau menjadi presiden termuda syarikat itu, semasa syarikat itu kembali kepada pengasasnya selepas krisis kewangan global.

    “Menjadi muda adalah sifat utama,” kata Toyoda kepada pemberita.

    Gambar fail bertarikh 13 Januari 2023 menunjukkan ketua Toyota Motor Akio Toyoda (kanan) dan Pegawai Eksekutif Koji Sato (kiri) semasa Tokyo Auto Salon di Chiba, dekat bandar Tokyo. – AFP

    “Dia muda, dan rakan sekerja lain juga berfikiran sama, saya menjangkakan pasukan ini akan mengatasi had yang tidak boleh saya lalui,” tambahnya.

    Toyoda, kini 66, merupakan cucu pe-ngasas syarikat, Kiichiro Toyoda. Bapanya Shoichiro Toyoda juga memimpin Toyota pada 1980an dan 90an.

    Beliau dikenali sebagai pemimpin yang berkarisma, telah memimpin kumpulan itu melalui skandal kawalan kualiti yang melihat beliau memohon maaf di hadapan Kongres AS, dan kekacauan rantaian bekalan yang disebabkan oleh gempa bumi dan tsunami Jepun pada 2011.

    Baru-baru ini, beliau telah berusaha untuk mengukuhkan cita-cita Toyota dalam sektor kenderaan elektrik yang penting.

    Syarikat itu perintis kereta hibrid, tetapi beberapa pengkritik mengatakan ia lambat membuat peralihan kepada kenderaan elektrik berbateri ketika permintaan tinggi untuk kenderaan rendah emisi. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemberontak Kashmir disyaki bunuh koperal tentera udara India

    SRINAGAR, 5 MEI - Seorang anggota tentera udara India terbunuh dan empat lagi cedera apabila pemberontak disyaki menyerang hendap konvoi tentera di Kashmir yang...