Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Anak harimau Rusia bertarung untuk hidup

    MOSCOW, 13 JAN – Penyelamat haiwan Rusia berkata kelmarin, mereka berjuang untuk menyelamatkan nyawa seekor anak harimau Amur yang ditemui hampir mati akibat keletihan dan reput fros di timur jauh negara tersebut.

    Seekor anak harimau betina yang kurus kering berusia sekitar empat atau lima bulan dan mengalami reput fros dan kecederaan teruk ditemui oleh seorang nelayan tempatan di tebing sungai di selatan wilayah Primorye akhir tahun lalu.

    Nelayan itu melaporkan penemuan itu kepada penjaga hidupan liar yang memindahkan haiwan itu ke pusat pemulihan, kata pusat harimau Amur.

    “Pemeriksaan luaran menunjukkan ia keletihan teruk akibatnya hujung ekornya kebekuan,” kata pusat tu sambil menambah rahang bawah haiwan itu juga menjadi nekrotik selepas kecederaan.

    Harimau itu, yang beratnya hanya sekitar 20 kilogram – kira-kira separuh daripada norma – apabila ia ditemui, menjalani kursus pemulihan yang sengit dan menambah kira-kira 10 kilogram sebagai persediaan untuk pembedahan. Hujung ekornya juga telah dipotong.

    Minggu lalu, haiwan itu menjalani pembedahan selama dua setengah jam, dengan doktor memindahkan tisu sihat untuk membaiki rahangnya.

    Pembedahan itu berjaya tetapi masih terlalu awal untuk membuat sebarang ramalan dan menyatakan sama ada ia boleh dilepaskan semula ke alam liar, kata pusat harimau Amur.

    “Perkara paling penting sekarang ialah menghentikan nekrosis tisu dan menyelamatkan nyawa harimau tersebut,” kata Sergei Aramilev, ketua pusat itu. “Orang ramai melakukan yang terbaik.” – AFP

    Seekor anak harimau betina berusia sekitar empat atau lima bulan dan mengalami reput fros dan kecederaan teruk ditemui oleh seorang nelayan tempatan di tebing sungai di selatan wilayah Primorye. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...