Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    China hukum mati dua penyeludup dadah

    BEIJING, 13 JAN – Sebuah mahkamah China telah menjatuhkan hukuman mati ke atas dua pesalah kerana menyeludup 400kg dadah methamphetamine melalui laluan laut dari Asia Tenggara ke Taiwan, lapor media tempatan.

    Seramai 10 yang lain terlibat dalam sindiket penyeludupan sama telah dijatuhkan hukuman 10 tahun dan penjara seumur hidup berkaitan operasi ‘luar biasa besarnya itu’, kata China News Service.

    Menurut laporan dikeluarkan kelmarin, geng penyeludupan China dan warga asing beroperasi di luar wilayah Fujian luar pesisir China mengarahkan nelayan untuk menyeludup barang tegahan itu pada Disember 2020.

    Sekitar 20 suspek telah ditangkap berhubung operasi penyeludupan itu dengan 400kg dadah dirampas bersama kapal tersebut, menurut laporan memetik pegawai pengawal pantai. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...