Sunday, September 24, 2023
22.3 C
Brunei

    -

    Anak PM Jepun letak jawatan

    TOKYO, 29 MEI – Anak lelaki Perdana Menteri Fumio Kishida, akan meletak jawatan selaku setiausaha eksekutif kepada bapanya pada 1 Jun, umum kerajaan hari ini, ekoran kritikan berterusan kerana mengadakan parti di kediaman rasmi perdana menteri, lapor Xinhua.

    Kishida memberitahu pemberita, anak sulungnya, Shotaro Kishida akan meletak jawatan sebagai setiausahanya pada Khamis.

    Shotaro Kishida menjadi sasaran kecaman selepas laporan media mengenai penganjuran parti membabitkan tingkah laku kontroversi bersama sanak saudara di kediaman rasmi perdana menteri pada Disember lalu.

    Kediaman itu sering digunakan untuk acara rasmi, termasuk pertemuan dengan tetamu asing.

    Gambar Shotaro Kishida bersama sanak saudaranya di atas tangga dihiasi permaidani merah di kediaman itu mula tersiar menerusi media pada minggu lalu. – Bernama

    Menurut Kishida, anak sulungnya akan meletak jawatan sebagai setiausahanya pada Khamis. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...