Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Ancaman tanah runtuh di Brazil

    RECIFE, BRAZIL, 2 JUN – Ketika anggota bomba mencari orang yang hilang di bawah lumpur tebal, penduduk di bandar Recife di Brazil hampir tidak dapat tidur kerana ketakutan terhadap tanah runtuh seperti yang meragut 120 nyawa sejak kebelakangan ini.

    Di kawasan di mana tanah runtuh melanda, anggota bomba, pekerja perbandaran dan pegawai lain kelmarin sedang mencari tiga orang yang dilapor-kan masih hilang, seorang juruvideo AFP mengesahkan.

    Dikatakan sebuah pusat perlindungan juga didirikan di Vila dos Milagres untuk menyediakan bantuan perubatan, pakaian dan keperluan asas kepada mereka yang terjejas akibat bencana tersebut.

    Tanah runtuh melanda semalaman pagi Jumaat dan Sabtu lalu, apabila 70 peratus daripada purata hujan turun sepanjang bulan Mei di beberapa bahagian ibu kota wilayah tersebut. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...