Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Anggota polis maut dilanggar bas bawa pendatang haram

    SOFIA, BULGARIA, 25 OGOS – Dua pegawai polis Bulgaria terbunuh awal hari ini ketika mereka cuba menahan sebuah bas yang membawa pendatang yang memasuki negara secara haram, kata seorang pegawai kanan kementerian dalam negeri.

    Kejadian berlaku pukul 5 pagi di bandar Laut Hitam di Burgas selepas bas itu enggan berhenti di dua pusat pemeriksaan polis sempadan berturut-turut, kata Stanimir Stanev kepada pemberita.

    Bas dengan nombor pendaftaran kenderaan Turki itu membawa 47 pendatang yang kewarganegaraannya tidak didedahkan.

    Bas itu telah memasuki kawasan perumahan apabila anggota polis menahan kereta mereka di hadapan sebuah jalan.

    Bus itu kemudian merempuh kenderaan polis, dan memandu diatasnya sebelum merempuhnya menuju hentian bas.

    Kedua-dua pegawai polis yang berada di dalam kereta itu terbunuh di tempat kejadian.

    Tiada kecederaan lain dilaporkan dan siasatan kes telah dilancarkan.

    Setakat ini, tiada pertuduhan dibuat terhadap pemandu bas itu, tetapi pendakwa daerah, Georgi Chinev menganggap tindakan pemandu itu sebagai tindakan sedar dan disengajakan.

    Bulgaria, sebuah negara Balkan dengan 7 juta orang, terletak di laluan utama untuk pendatang dari Timur Tengah dan Afghanistan ke Eropah.

    Hanya sebilangan kecil daripada mereka merancang untuk menetap Bulgaria, sebaliknya menggunakan Bulgaria sebagai perhentian sementara dalam perjalanan menuju ke barat. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...