Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Aeril Zafrel dituduh riyak ke Old Trafford

    Keterujaan dapat menonton perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Old Trafford di antara Manchester United (MU) dan Liverpool baru-baru ini meninggalkan kenangan manis buat pelakon dan usahawan Aeril Zafrel.

    Aeril menerusi perkongsian di Instagram memberitahu ia adalah pengalaman pertama kalinya dapat menonton perlawanan di stadium dan cukup bertuah apabila MU memenangi perlawanan berkenaan.

    “Pengalaman pertama kali dapat tengok bola dalam stadium. Selamat Manchester United menang,” tulisnya pada hantaran video di Instagram.

    Dalam keterujaan dapat sama-sama meraikan kemenangan MU, ada dalam kalangan pengikutnya yang menganggap perkongsian suami kepada Wawa Zainal itu bersikap riyak dan ingin menunjuk-nunjuk dapat menonton per-lawanan bola sepak di luar negara.

    Menerusi komen dibuat, individu berkenaan mempertikaikan tindakan Aeril membuat rakaman tersebut selain mempersoalkan pelakon itu tidak pernah melakukan perkara sama di Malaysia.

    “Kalau masuk stadium dekat Malaysia, tiada pula tunjuk video. Asal masuk stadium luar negara, rajin pula buat video.

    “Nampak sangat nak tunjuk… benda mampu. Sini pun best juga,” tulisnya.

    Ia turut mendapat perhatian Aeril yang bertindak berkongsi paparan skrin komen tersebut di Instagramnya dan menjelaskan sudah menyatakan itu adalah kali pertama dapat masuk stadium seumur hidupnya.

    “Kan saya dah cakap. Ini pertama kali saya dapat masuk stadium seumur hidup saya. Sebelum ini nak buat video macam mana?,” jelasnya. – Agensi

    Aeril Zafrel dituduh riyak dan ingin menunjuk-nunjuk kerana dapat menonton perlawanan bola sepak di luar negara.– Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...