Thursday, May 9, 2024
27.5 C
Brunei

    -

    Anna tak lupa asal usul

    Aktres popular, Anna Jobling, 24, mengakui tawaran mengembangkan kerjaya lakonan di Malaysia dan Indonesia seimbang dan selesa untuk berulang-alik bagi memenuhi tuntutan kerjayanya itu.

    Anna atau nama sebenar, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman berkata dia selesa bekerja bersama barisan pelakon dari negara jiran, namun, tidak akan lupa asal usul dan tanah air tercinta.

    “Saya ada ramai kawan di Indonesia, jadi bila ke sana memang mereka akan berbual dengan menggunakan bahasa Indonesia.

    “Saya juga banyak belajar daripada mereka walaupun ada sesetengah perkataan yang masih belum difahami.

    “Saya bercadang ambil kelas sebagai usaha perbaiki pertuturan dalam bahasa Indonesia. Saya memang tengah cari orang yang mampu memberi tunjuk ajar,” katanya kepada BH Online.

    Peluang berlakon di Indonesia memberikan pengalaman dan ilmu berharga buat Anna. – mStar

    Bagi pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris-Portugis ini, tiada perbezaan ketika menjalani penggambaran di negara berkenaan.

    “Suasana atau budaya kerja di Indonesia juga tidak banyak berbeza dengan Malaysia. Saya juga berkawan dengan pelakon di sana.

    “Mereka akan membantu kalau saya memerlukan bantuan, sentiasa ada untuk saya.

    “Sama sahaja rasanya bekerja di sana, cuma yang berbeza dari segi bahasa. Layanan memang sangat baik, tiada pilih kasih. Saya rasa macam di Malaysia juga kalau ke sana,” katanya.

    Aktres TV Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-35 itu berkata, peluang berlakon di Indonesia memberikan pengalaman dan ilmu berharga buatnya.

    “Apa yang menarik bila berlakon di sana, ia memberi pengalaman baharu sebab suasananya berbeza. Saya juga boleh ambil peluang berjalan dan tenangkan fikiran.

    “Selain itu, saya boleh jumpa kawan baharu dan keluar daripada zon selesa berbanding berlakon di Malaysia yang sememangnya saya sudah biasa,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Syarikat roti Jepun tarik balik produk berhubung penemuan badan tikus

    TOKYO, 9 MEI - Pengeluar roti dari Jepun, Pasco Shikishima Corp pada Rabu secara sukarela menarik balik kira-kira 104,000 paket jenama roti Chojuku selepas...