Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    AS gesa Moscow kembali kepada perjanjian bijirin

    WASHINGTON, 30 OKT – Amerika Syarikat (AS) menyeru Rusia menyambung semula penyertaannya dalam Inisiatif Bijirin Laut Hitam, lapor Sputnik memetik Setiausaha Negara Antony Blinken.

    Kelmarin, Kementerian Pertahanan Rusia memaklumkan Moscow menggantung penyertaan membabitkan perjanjian eksport bijirin susulan serangan dron Ukraine yang menyasarkan kapal Armada Laut Hitam Rusia di Sevastopol.

    “AS kesal dengan penggantungan penyertaan Rusia dalam Inisiatif Bijirin Laut Hitam yang diketengahkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

    “Kami menggesa semua pihak untuk memastikan Inisiatif diteruskan bagi menyelamatkan nyawa,” kata Blinken dalam satu kenyataan hari ini.

    Perjanjian itu membolehkan lebih sembilan juta tan metrik makanan dieksport dan menurunkan harga bijirin di seluruh dunia, katanya.

    Setiausaha negara AS itu menuduh Rusia menjadikan “makanan sebagai senjata” dan mendakwa bahawa inisiatif bijirin Istanbul itu “berjaya dan mesti diteruskan.” tambahnya lagi – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...