Tuesday, May 7, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Lebih 200 sahut cabaran berhalangan

    Oleh James kon
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OKT – Lebih 200 orang telah tampil menyahut cabaran berhalangan terpilih dalam Jerayawara Beta Trial yang diadakan semasa Bandarku Ceria di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien di ibu negara, hari ini.

    Barangan Cabaran Alpha terdahulu juga diberikan kepada mereka yang mendaftar semasa jerayawara tersebut.

    Di samping itu, 15 penyertaan percuma untuk perlumbaan Cabaran Alpha, yang akan diadakan pada 11 Disember depan, juga diberikan kepada lima peserta lelaki terbaik, lima peserta wanita terbaik dan lima peserta yang dipilih secara rambang.

    Cabaran Alpha merupakan cabaran berhalangan yang memberikan peluang kepada para peserta mencabar diri mereka dari segi mental dan fizikal.

    Pada tahun ini ia akan dibahagikan kepada dua perlumbaan iaitu Cabaran Beta dan Cabaran Omega dengan pendaftaran telah dilanjutkan sehingga 14 November.

    Cabaran berkenaan akan diadakan di Kompleks Sukan, Universiti Brunei Darussalam dan bakal diadakan sempena Festival Disember dengan sokongan Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan.

    Antara peserta yang mengambil bahagian dalam Jerayawara Beta Trial yang diadakan semasa Bandarku Ceria di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien di ibu negara, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...