Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    AS sedia berikan vaksin cacar monyet

    WASHINGTON, 24 MEI – Amerika Syarikat (AS) bersedia memberikan vaksin cacar monyet kepada kontak rapat orang yang dijangkiti, dengan lima kes kini sama ada telah disahkan atau bakal disahkan dan jumlah tersebut mungkin meningkat.

    Terdapat satu jangkitan yang disahkan di AS setakat ini, di Massachusetts, dan empat kes individu lain dengan orthopoxvirus – tergolong dalam keluarga cacar monyet, kata pegawai kanan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) pada satu taklimat media.

    Kesemua kes yang disyaki diandaikan cacar monyet, sementara menunggu pengesahan ujian di ibu pejabat CDC, kata Jennifer McQuiston, penolong pengarah di divisyen patogen dan patologi CDC.

    Dari segi bekalan, AS mempunyai kira-kira seribu dos JYNNEOS, vaksin yang diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) untuk cacar air dan cacar monyet ‘dan jumlah tersebut dijangka meningkat amat cepat pada minggu-minggu akan datang ketika syarikat menyediakan lebih banyak dos kepada kami,” kata McQuiston.

    Ia juga mempunyai 100 juta dos vaksin generasi lama, ACAM2000.

    Kedua-dua vaksin menggunakan virus hidup tetapi hanya JYNNEOS tidak dapat direplikakan, menjadikannya satu opsyen yang lebih selamat,” kata McQuiston.

    Orang yang mempunyai sistem imun lemah atau mengalami penyakit kulit, termasuk ekzema, berdepan risiko lebih tinggi, tambah John Brooks, pakar epidemiologi. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...