Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    ASEAN perhebat fokus pada keselamatan siber

    BORACAY, FILIPINA, 7 FEB – Perlindungan data, antipenipuan dan keselamatan siber antara isu yang diberikan keutamaan pada pertemuan pegawai-pegawai kanan negara ASEAN di pulau ini, ke arah usaha memperkukuh landskap digital di rantau ini pasca COVID.

    Setiausaha Bahagian Antarabangsa, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) Mano Verabathran berkata peningkatan kerjasama keselamatan siber dan langkah-langkah antipenipuan penting bagi melindungi keselamatan ekonomi dan inisiatif pendigitalan ASEAN, terutama dari serangan dan ancaman lebih canggih.

    “Thailand membangkitkan mengenai isu antipenipuan sebagai isu yang sangat penting dan mendesak, yang perlu dibincangkan dan disuarakan dalam mesyuarat menteri.

    “Dalam ekonomi digital kita mempunyai semua data. Kita perlu melindungi data tersebut dan menetapkan semua langkah keselamatan bagi menjalankan perniagaan merentas sempadan dan berkembang,” katanya kepada Bernama di luar Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan Digital ASEAN (ADGSOM) di sini.

    Delegasi Malaysia ke ADGSOM diketuai Ketua Setiausaha KKD, Datuk Seri Mohammad Mentek. Mesyuarat itu turut merangkumi mesyuarat bilateral dan sesi bersama rakan dialog.

    Mano berkata dalam mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama semalam, anggota ASEAN bersetuju bahawa semua menteri akan memberi kenyataan khusus mengenai isu tersebut, di samping deklarasi dan kenyataan bersama yang telah dirangka untuk mengetengahkan kepentingan hal-hal berkaitan keselamatan siber dan perlindungan data.

    ASEAN, secara bersama, perlu memastikan tiada kelemahan dalam usaha melindungi ruang siber untuk ekonomi digital serantau memandangkan negara anggota sedang giat menjalankan usaha untuk menjadi blok ekonomi digital yang kompetitif, katanya. – Bernama

    Datuk Seri Mohammad Mentek semasa mengadakan mesyuarat dengan delegasi Amerika Syarikat dan Setiausaha Bahagian Antarabangsa, KKD, Mano Verabathran pada Mesyuarat ADGSOM, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...