Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Concepts Computer terima dua anugerah

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 FEB – Concepts Commercial Suppliers (Concepts Computer) mencapai satu lagi mercu tanda bermakna apabila mendapat pengiktirafan dengan menerima dua anugerah iaitu The Best Performing Brunei Partner of 2022 for Acer Consumer Products dan The Best Commercial Partner of 2022 for Acer Commercial Products semasa Malam Penghargaan Acer 2023 yang berlangsung di The Grand Hyatt Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia pada 2 Februari lalu.

    Pada majlis berkenaan, anugerah The Best Performing Brunei Partner of 2022 telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Acer Malaysia, Ricky Tan dan Pengarah Jualan dan Pemasaran Acer Malaysia, Johnson Seet dan anugerah The Best Commercial Partner of 2022 telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Acer Malaysia, Ricky Tan dan Pengurus Besar Acer Malaysia, Chan Wei Hong dengan kedua-dua anugerah diterima oleh Pengurus Besar Concepts Commercial Suppliers, Vincent Pao.

    Mengulas mengenai pengiktirafan itu, Vincent Pao berkata mereka amat berbesar hati kerana diberikan pengiktirafan sebagai penerima anugerah berkenaan.

    Beliau menambah bahawa 2022 merupakan tahun yang amat mencabar bagi mereka tetapi dengan kerja keras, sokongan dan dedikasi pasukannya, mereka telah berjaya mencapai matlamat mereka di mana anugerah itu merupakan bukti serta pengiktirafan bagi mereka.

    “Tanpa sumbangan mereka, kami tidak akan mencapainya. Terima kasih dan penghargaan buat mereka,” tambah Vincent Pao.

    Pada masa yang sama, beliau juga menyatakan penghargaan kepada Acer atas sokongan berterusan mereka dan berusaha untuk bergerak maju ke hadapan mencapai tahap yang lebih tinggi lagi dalam 2023.

    Ricky Tan (kiri) dan Chan Wei Hong (kanan) menyampaikan Anugerah The Best Commercial Partner of 2022 for Acer Commercial Products kepada Concepts Commercial Suppliers yang diterima oleh Vincent Pao (tengah) semasa Malam Penghargaan Acer 2023 yang berlangsung di The Grand Hyatt Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia, baru-baru ini. – Gambar serahan Concepts Computer
    Ricky Tan (kiri) dan Johnson Seet (kanan) menyampaikan Anugerah The Best Performing Brunei Partner of 2022 for Acer Consumer Products kepada Vincent Pao (tengah) semasa Malam Penghargaan Acer 2023 yang berlangsung di The Grand Hyaat Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia, baru-baru ini.
    Anugerah Best Performing Brunei Partner of 2022 for Acer Consumer Products yang diterima oleh Concepts Commercial Suppliers, baru-baru ini.
    Anugerah Best Performing Brunei Partner of 2022 for Acer Consumer Products yang diterima oleh Concepts Commercial Suppliers, baru-baru ini.
    Anugerah Best Commercial Partner of 2022 for Acer Commercial Products yang diterima oleh Concepts Commercial Suppliers, baru-baru ini.
    Anugerah Best Commercial Partner of 2022 for Acer Commercial Products yang diterima oleh Concepts Commercial Suppliers, baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...