Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Assist pertama Faiq Bolkiah untuk Chonburi FC

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JAN – Pemain sayap kebangsaan Brunei Darussalam, Faiq Jefri Bolkiah mencatatkan assist pertama untuk kelab baharunya, Chonburi FC semasa kekalahan 3-2 kepada Nongbua Pitchaya FC dalam Hilux Revo Thai League 1 di Stadium Pitchaya di Nong Bua Lamphu, Thailand kelmarin.

    Pencapaian pemain penyerang tersebut dalam divisyen bola sepak teratas Thailand telah melakar satu lagi kejayaan baharu dalam sejarah bola sepak Brunei semasa penampilan kedua liganya dengan jersi Sharks.

    Pemain Brunei berkenaan beraksi sebagai pemain gantian pada minit ke-57 untuk menggantikan pemain sayap, Phitak Pimpae dan memberi impak segera hanya dalam sembilan minit kemudian apabila beliau menghantar bola kepada pemain penyerang, Yoo Byung-Soo dan meletakkan kedudukan kepada 2-2.

    Faiq menunjukkan kemampuan menggeleceknya dan melepasi Sathapom Daengsee, pemain yang berjaya menjuarai tiga kejuaraan untuk pasukan kebangsaan Thailand, sebelum membuat hantaran lintang kepada pemain dari Korea Selatan yang membuat tandukan melepasi penjaga gol, Kittikun Jamsuwan.

    Tiga minit selepas perlawanan dimulakan semula, Faiq menunjukkan keazaman dalam merebut bola dari pemain pasukan lawan yang dilihat sebagai pilihan untuk menerima bola terlebih dahulu.

    Faiq Jefri Bolkiah mencatat assist pertama untuk Chonburi FC semasa kekalahan 3-2 kepada Nongbua Pitchaya dalam Hilux Revo Thai League 1 di Stadium Pitchaya di Nong Bua Lamphu, Thailand, 15 Januari.– Gambar serahan Chonburi FC

    Pasukan tuan rumah memperoleh gol kemenangan menerusi Tassanapong Muaddarak yang berjaya menemui peluang menanduk bola masuk hasil hantaran lintang daripada Daengsee.

    Pada awalnya, Mahmoud Khitam telah memberi Nongbua Pitchaya gol pendahuluan pada minit ke-11 dengan penyudah yang tenang selepas menerima hantaran Lursan Thiamrat.

    Penyerang itu memerlukan pengesahan berikutan semakan daripada pengadil berbantukan video (VAR) untuk kemungkinan ofsaid tetapi kebimbangan itu lenyap selepas pengadil menghadiahkan gol.

    Pasukan Faiq menyerang kembali lima minit kemudian selepas Pimpae melakukan percubaan yang baik susulan lantunan daripada pemain pertahanan Nongbua Pitchaya yang berada ke laluannya.

    Pasukan tuan rumah kembali mengejar pada minit-36 menerusi tandukan yang menakjubkan dari Tardeli Reis. Chonburi kekal di tangga ketiga carta sekurang-kurangnya sehari apabila penyandang juara BG Pathum berpeluang mengatasi kedudukan mereka jika menang menentang Muangthong United.

    Faiq, menyertai pasukan Thailand selepas tempoh singkat bersama CS Maritimo, mungkin bersaing untuk mendapat tempat kesebelasan utama dalam perlawanan liga seterusnya menentang Khon Kaen United di Stadium Chonburi pada Ahad depan (23 Januari).

    Pemain berusia 23 tahun itu melakar sejarah dalam penampilan pertama semasa perlawanan seri 1-1 menentang Muangthong United sebagai pemain Brunei pertama untuk bermain di liga bola sepak profesional Thailand pada 9 Januari lalu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...