Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Satu pelanggaran arahan dicatat

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JAN – Hasil daripada pemantauan agensi-agensi penguatkuasaan yang dilakukan semasa Operasi Peralihan dari jam 12 tengah malam hingga 4 pagi tadi, hanya satu pelanggaran arahan dicatat di seluruh negara dan pesalah telah dikeluarkan denda kompaun.

    Pelanggaran arahan tersebut adalah bagi arahan berada di kediaman.

    Perkara demikian telah dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan dalam Siaran Akhbar bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, pada hari ini.

    Manakala Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataannya hari ini mengongsikan bahawa pelanggaran arahan tersebut didapati di kawasan Daerah Brunei dan Muara.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...