Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Atlet para badminton negara ‘berguru’ di Manama, Bahrain

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MEI – Persatuan Badminton Kebangsaan Brunei Darussalam (PBKBD) dan Majlis Paralimpik Brunei telah menerima subsidi tiket penerbangan dan tempat penginapan dari Badminton Asia bagi Mohd Zuno Kartono Haji Ali dan Haji Mohd Rudy Izman Haji Badar (atlet para badminton) untuk menghadiri kursus dan kem latihan di Manama, Bahrain.

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kelmarin ialah Presiden PBKBD, Pengiran Haji Hamzah bin Pengiran Haji Mohamad dan Pemangku Presiden Majlis Paralimpik Brunei, Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor.

    Mohd Zuno bersama rakan dari Perancis akan mengendalikan BWF Para Coaching Course dan kem latihan bagi jurulatih-jurulatih dan pemain-pemain para badminton dari negara membangun pada 13 hingga 15 Mei 2022 depan.

    Kem latihan tersebut juga akan dihadiri oleh Haji Mohd Rudy yang seterusnya akan menyertai Kejohanan Badminton Paralimpik Antarabangsa anjuran bersama Bahrain Paralympic Committee dan Bahrain Badminton and Squash Federation yang bermula pada 16 hingga 22 Mei 2022.

     Enam kategori akan dipertandingkan dalam kejohanan tersebut iaitu WH1, WH2, SL3, SL4, SU5 dan SH6. Atlet negara akan menyertai Kategori WH1, yang mana atlet di kelas ini memerlukan kerusi roda untuk bermain badminton.

    Kejohanan tersebut juga merupakan peluang untuk atlet para badminton  mengutip mata kelayakan bagi BWF Para Badminton World Championship 2022 dan Sukan Paralimpik 2024 di Paris nanti.

    Pengiran Haji Hamzah dan Haji Ali Yusri bergambar bersama atlet para badminton negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei kelmarin.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...